NOTIS PEMBERITAHUAN
PENYELARASAN CUKAI TANAH KE ATAS TANAH-TANAH YANG TERMASUK DALAM PENGISYTIHARAN PERLUASAN KAWASAN LEMBAGA BANDARAN, BANDAR SERI BEGAWAN
Sukacita menarik perhatian kepada semua pemilik-pemilik tanah yang terlibat, pihak Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan akan membuat penyelarasan kadar bayaran cukai tanah mulai 01 JANUARI 2017, ke atas tanah-tanah yang terlibat dan termasuk dalam pengisytiharan perluasan kawasan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.
Kedudukan tanah-tanah yang telah diisytiharkan termasuk dalam perluasan Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan seperti berikut:
Mukim Kianggeh | Kianggeh Berangan Jalan Tasek Lama Mabohai / Tungkadeh Melabau Kumbang Pasang Padang Baru Pusar Ulak Tumasek |
Sebahagian Mukim Gadong | Kiulap Kiarong Menglait Batu Bersurat / Pengkalan Gadong Mata-Mata [tidak termasuk Kampung Perpindahan Mata-Mata] Beribi |
Sebahagian Mukim Kilanas | Telanai Madewa Tasek Meradun Bunut Perpindahan Bunut |
Sebahagian Mukim Berakas A | Pulaie Anggerek Desa Panca Delima Orang Kaya Besar Imas Delima Satu Serusop Jaya Setia Jaya Bakti Burong Pinggai Berakas Kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas |
Sebahagian Mukim Berakas B | Manggis I Manggis II Madang Sungai Akar |
Sebahagian Mukim Kota Batu | Sungai Lampai / Pintu Malim Kota Batu Pelambayan Subok Belimbing |
Kepada pemilik-pemilik tanah yang mana lot-lot tanah mereka termasuk di dalam kawasan perluasan Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Pendaftaran, Tingkat Bawah, Pejabat Pesuruhjaya Tanah dengan membawa bersama Geran Tanah Asal dan Salinan Kad Pintar terkini untuk dikemaskini terlebih dahulu sebelum pembayaran cukai tahunan dibuat di Kaunter Pembayaran, Pejabat Tanah Daerah Brunei dan Muara.
Manakala tanah-tanah yang sedang dan masih digadaikan, pemilik-pemilik tanah yang terlibat hendaklah berurusan ke Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan atau Institusi Kewangan bagi mendapatkan geran-geran tanah asal berkenaan.
Waktu operasi di Kaunter Bahagian Pendaftaran, Tingkat Bawah, Pejabat Pesuruhjaya Tanah seperti berikut:
Hari Isnin hingga Khamis & Sabtu 8.00 pagi hingga 11.00 pagi 1.45 petang hingga 3.00 petang |
Hari Jumaat, Hari Ahad dan Hari Kelepasan Awam Tutup |
Sekian dimaklumkan dan kerjasama sepenuhnya yang diberikan adalah sangat-sangat dihargai.