Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penggunaan Kad Pengenalan Mansuh Untuk Urusan Permohonan di Jabatan Tanah

Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati,


Pada masa ini terdapat pelangan-pelangan yang mengalami kesukaran untuk menghadapkan permohonan disebabkan oleh kad pengenalan atau ic yang telah mansuh tarikh pendaftarannya.


Sehubungan dengan ini, bagi kad pengenalan yang telah luput tarikh mansuhnya, pemohon hendaklah menyertakan resit pembayaran berserta Maklumat Data Peribadi Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ATAU pasport pemohon yang masih sah laku.


Berikut adalah contoh resit dan Maklumat Data Peribadi Sementara yang diperlukan: Contoh Resit dan Maklumat Data.pdf


Attachments