Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

19 MAC 2022 - MAJLIS PELANCARAN DAN PEMBERIGAAN BUKU PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN TANAH 2022-2027

WhatsApp Image 2022-03-24 at 11.51.30.jpeg


Majlis Pelancaran dan Pemberigaan Buku Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027 telah  diadakan pada 16 Sya’ban 1443H bersamaan 19 Mac 2022 di Bilik Ar-Rasyad, Dewan An-Naura,  Kompleks Yayasan, Bandar Seri Begawan. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang  Berhormat, Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan secara  maya. 


Turut hadir secara maya di Majlis tersebut adalah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin  Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional),  Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah Dan Alam Sekitar), Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan Dan Kemajuan), dan Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap(Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ketua Pengarah Kerja Raya,  Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Divisyen di bawah Kementerian Pembangunan.

 WhatsApp Image 2022-03-24 at 11.55.11.jpeg

Melalui Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027, visi Jabatan ini ialah “Untuk Menjana  Kemakmuran dan Kesejahteraan Negara”. Sementara misi Jabatan ini pula ialah “Untuk  Melaksana Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Melalui Perkhidmatan Yang Cekap dan Responsif  Kepada Pelanggan”. 


Visi dan Misi tersebut adalah selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Pembangunan di dalam  Perancangan Strategiknya iaitu “Ke arah penggunaan tanah yang optima” yang mana ianya juga  mendokong hasrat Kerajaan Brunei di dalam Wawasan Brunei 2035. Selaras ke arah Visi dan Misi  tersebut Jabatan ini akan memberikan penekanan kepada 7 teras strategik seperti berikut:- 


  1. Teras Strategik Pertama – Memperkasa Pendaftaran Hak Milik & Urusniaga 

  2. Teras Strategik Kedua – Memperkasa Kutipan Hasil

  3. Teras Strategik Ketiga – Memperkasa Penguatkuasaan 

  4. Teras Strategik Ke-Empat – Memperkukuh Pengurusan Organisasi

  5. Teras Strategik Ke-Lima – Memperkukuh Pengurusan IT

  6. Teras Strategik Ke-Enam – Memantap Pentadbiran Tanah 

  7. Teras Strategik Ke-Tujuh – Memantap Pengurusan Tanah


Melalui Perancangan Strategik ini juga, Jabatan ini akan berharap dapat berusaha dan berupaya  untuk membuat satu transformasi di dalam sistem pentadbiran dan pengurusan tanah dan  sekaligus, akan dapat memperkuatkan dan memperkukuhkan lagi organisasi Jabatan ini.  


Yang Berhormat, Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan,  telah menyentuh beberapa perkara utama di dalam ucapannya di Majlis perlaksanaan  perancangan strategik Jabatan ini. Antaranya adalah seperti berikut: 


  • Jabatan Tanah memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran tanah negara. Antara fungsi utamanya adalah memberikan jaminan keselamatan dan kesahihan  pemilikan dan pemegangan tanah, melaksana pendaftaran transaksi-transaksi tanah,  melaksana dasar-dasar tanah, mentadbir tanah Kerajaan dan tanah simpanan dan  menyediakan penilaian hartanah untuk memenuhi keperluan status dan fiskal.  Pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah tanpa  dukungan dasar-dasar tanah yang 4 dinamik, perundangan tanah yang kukuh serta  prosedur dan proses yang sentiasa dikemaskini untuk memenuhi kehendak kemajuan  sosio-ekonomi semasa dan memenuhi keperluan perkhidmatan pelanggan yang efisien.


  • Negara dalam situasi endemic Covid-19, ianya bukanlah menjadi satu penghalang dalam  usaha kita untuk merangka perancangan dan program bagi menambah baik urus tadbir  dan menyesuaikan perkhidmatan yang sedia ada dengan keadaan baru.


  • Mengemaskinikan pentadbiran tanah dengan memperkenalkan sistem pembayaran  di atas talian bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan tanah seperti  pembayaran cukai tanah, pembayaran pentadbiran dan pendaftaran tanah dengan  menggunakan aplikasi pembayaran BIBD bagi kemudahan orang ramai yang berurusan  dengan Pejabat Tanah. 


  • Dasar-dasar dan peraturan yang ada pada masa ini perlulah di review semula selaras  dengan perkembangan keadaan masa kini, seperti pindaan dasar bagi proses Permohonan  Pindah Milik Tanah, Permohonan Ambil Alih Tanah LTS yang sudah ada rumah kediaman,  serta beberapa peruntukan-peruntukan di dalam akta tanah yang belum lagi dikuatkuasakan pada masa ini. 


Majlis juga diselajurkan dengan pemberigaan dan penyerahan buku Perancangan Strategik  Jabatan Tanah 2022-2027 kepada Ketua-Ketua Cawangan Daerah Pejabat Tanah dan Ketua Ketua Bahagian di bawah Jabatan Tanah. 

WhatsApp Image 2022-03-24 at 13.08.49.jpeg

WhatsApp Image 2022-03-24 at 12.08.22.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.09.14.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.16.57.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.20.02.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.23.00.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.26.46.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.30.44.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.32.39.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.34.36.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.37.38.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 12.40.19.jpeg


Penyampai Taklimat

WhatsApp Image 2022-03-24 at 12.58.09.jpegWhatsApp Image 2022-03-24 at 13.00.44.jpeg


Sesi Bergambar Ramai

WhatsApp Image 2022-03-24 at 13.11.43.jpeg

WhatsApp Image 2022-03-24 at 13.17.16.jpeg

WhatsApp Image 2022-03-24 at 13.17.38.jpeg

WhatsApp Image 2022-03-24 at 13.18.07.jpeg


Attachments