Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

[KENYATAAN AKHBAR] Majlis Dikir Syarafil ‘anam Dua Belas (12) Malam Berturut-turut

Majlis Dikir Syarafil ‘anam Dua Belas (12) Malam Berturut-turut Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi Wasallam (S.A.W) bersama Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah diadakan pada 9 Rabiulawal 1444 Hijriah bersamaan 5 Oktober 2022 Masihi di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

Picture3.jpg


Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat, Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional), Ketua-Ketua Jabatan dan Divisyen, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan-Kakitangan daripada Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.


Majlis Dikir Syarafil ‘anam Dua Belas (12) Malam Berturut-turut Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi Wasallam (S.A.W) bersama Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya adalah kelolaan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. serta mengimarahkan Masjid dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam.


Majlis dimulakan selepas Solat Fardhu Maghrib berjemaah dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan seterusnya diteruskan dengan Dikir Maulud beramai-ramai.



Attachments