
Awang Haji Marzuke bin Haji MohsinTimbalan Setiausaha Tetap
Kementerian Pembangunan
Awang Haji Marzuke dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan pada 10 Mac 2014.
Awang Haji Marzuke mula-mula menyertai Jabatan Kerja Raya sebagai Arkitek pada tahun 1985. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Arkitek Kanan pada tahun 1994 dan seterusnya pada tahun 1994 dinaikkan pangkat sebagai Executive Architect. Pada tahun 2001, beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Kemajuan. Kemudiannya pada tahun 2005 beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kemajuan. Belaiu dinaikkan pangkat sebagai Pengarah kemajuan Perumahan pada tahun 2009 sehingga tahun 2011 dan akhirnya pada tahun 2012 dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya.
Awang Haji Marzuke mempunyai Ijazah Sarjana Muda BA (Honours) Architecture dari Leeds Polytechnics pada tahun 1985 dan Post Graduate Diploma (Hons) in dalam bidang Senibina (Architecture) dari North London Polytechnics pada tahun 1990. Beliau adalah Chartered Member RIBA, Royal Institute of British Architects dan Ahli Korporat Corporate PUJA (B) sejak tahun 1993. Beliau melanjutkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA), Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2005.
Awang Haji Marzuke telah dianugerahkan dengan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Berbahagia (PSB) Darjah Ke-IV pada tahun 1996, Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) pada tahun 2002, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada bulan Oktober 2009, Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (S.M.B) pada tahun 2010, Pingat Kerja Lama (P.K.L) pada bulan Oktober 2010 dan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B) pada bulan Julai 2010